Monday, June 7, 2010



Hampir setiap hari kita disajikan dengan gambar-gambar dan video-video terkini kesan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Gaza di kaca televisyen. Setiap hari kedengaran keluhan masyarakat dunia akan ketidaksetujuan mereka dengan apa yang dilakukan rejim Zionis itu. Namun, walau macam mana hebat sekalipun tentangan masyarakat dunia terhadap kekejaman rejim Zionis itu, tiada apa yang akan merubah pendirian mereka. Dengan sekutu paling rapatnya, Amerika Syarikat seolah-olah memberikan lampu hijau terhadap semua kekejaman ini, rejim Zionis nekad akan menghapuskan Hamas dan mereka tidak akan berhenti sehingga matlamat itu tercapai.


Melihat kepada keadaan sekarang, mungkin tiada apa yang mampu kita lakukan kecuali menadah tangan memohon padaNya agar mereka dilindungi. Tapi selain itu kita juga boleh membantu dari segi bantuan kewangan, perubatan dan sebagainya. Oleh itu, pihak OH!Malaysiaku mengambil inisiatif ini untuk menjalankan satu kempen usaha sama antara semua blogger di Malaysia bagi mengutip dana bantuan bagi disalurkan kepada Tabung Bantuan GAZA. Moga dengan dana yang bakal didermakan nanti, sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat Gaza yang hanya mereka sahaja mampu merasai keperitan dan kepayahannya.

Kempen ini dinamakan sebagai Kempen BLOGGER Prihatin : Selamatkan GAZA dan akan dimulakan pada 11 Januari 2009 sehingga 31 Januari 2009.



Apa yang anda perlu lakukan adalah mudah, anda tidak perlu keluarkan wang walau satu sen pun. Apa yang hanya anda perlu sumbangkan adalah sedikit masa untuk melakukan apa yang perlu anda lakukan. Tanpa berlengah lagi saya akan terangkan apa yang perlu anda lakukan.

1. Tinggalkan komen-komen anda di entri ini ataupun di entri-entri yang bakal ditulis dalam waktu sepanjang kempen ini berjalan. Komen-komen di blog peribadi saya ( IzzatRuslan.com ) juga akan dikira sepanjang tempoh kempen ini. Satu komen yang anda tinggalkan bernilai RM0.20 dan ini akan disalurkan kepada tabung kempen ini. *Jangan lakukan SPAM, sebolehnya berilah komen-komen yang bernas*

2. Tulis satu entri di blog anda berkenaan kempen ini dan letakkan mana-mana banner di bawah di entri tersebut. Jika anda tidak mahu tulis entri tersebut tidak mengapa, cukuplah dengan sekadar meletakkan banner tersebut di blog anda. Moga-moga ianya dapat membantu dalam usaha menyebarkan maklumat mengenai kempen kepada pengguna-pengguna internet yang lain. Jika anda tulis satu entri dan meletakkan mana-mana banner di bawah di blog anda, anda akan sumbangkan sebanyak RM0.70 ke tabung kempen ini. Sebaliknya jika anda hanya letakkan banner pada blog anda, nilai yang anda sumbangkan ialah RM0.50.

Ini diantara banner-banner yang boleh anda letakkan di blog anda. Anda boleh copy and paste kod sumber untuk banner-banner tersebut dan letakkan di mana-mana bahagian di blog anda. Semua pautan balik (linkback) akan saya kira melalui Google Analytics dan juga senarai trackback di entri ini. Anda juga boleh muat turun banner-banner ini untuk diletakkan di hosting blog anda.

1 comment:

  1. syafiq,,apesal x letak banner skali? ade 2 pilihan..
    cube usha kat sini : http://mofasad.blogspot.com/2010/06/kempen-kami-blogger-picisan-menentang.html

    ReplyDelete